Hidayah Suhailee
Tips-tips menghadapi peperiksaan

Friday 31 May 2013 @ Friday, May 31, 2013 | 4 Comment [s]


*assalamualaikum dan hello*

Rasanya dah lama yaya tak post something yang melibatkan tips/petua kan?? oke holla holla.. tak payah nak basa basi.. Kepada para pelajar , mungkin ni adalah satu tips yang sangat membantu . *tips dalam menghadapi peperiksaan* . yup. betullah tu. penting. sama juga dengan saya. 

so, ni tips nya.
1. Siapkan / sediakan peralatan peperiksaan 
-macam biasalah. yang ni memang sangat penting sebab, kalau nak menjawab, mesti ada peralatan macam pensil, pemadam, pen, pembaris dan other things yang diperlukan. jangan nanti sibuk-sibuk nak panggil kawan sebelah nak pinjam alat tulis. 
2. Tidur mesti cukup 
- ayat ni dah selalu dengar kan? tapi memang ayat ni tak lari dari segala tips . because, badan kita perlukan rehat , ini boleh mempengaruhi kecerdasan otak berfikir. kalau tak cukup tidur, otak akan penat dan pelajaran terganggu.

3. jangan bangun lewat 
- why? sebab kalau bangun lewat, nanti korang tak dapat bersedia dengan baik. sebab tiba-tiba otak/badan korang terkejut dan panik sebab bangun agak lewat kena-kena lagi nak masuk exam

4. mesti ada isi perut sebelum exam- 
ni yang best nih.. hehe.. perut kalau dah lapar, memang otak susah nak progress kan? jangan nak bohong.
-biar sikit, asal ada isi perut, tapi sebaiknya jangan lah makan sampai kekenyangan. kang tak pasal-pasal sakit perut. dan fakta ! kenyang sangat boleh buat mengantuk

5. jangan lambat datang dewan exam- 
huhu.. so, ingat.. cikgu pun selalu pesan.. "jangan datang lambat" kan kan? tapi tau tak kenapa? sebab kalau datang lambat, mana lah tahu ada masalah kat perjalanan or apa-apa, so just beware. maybe juga sebab takut panik nanti kalau lambat datang ada apa-apa pemberitahuan akhir korang tak dapat dengar.
-but! mak kata. jangan lah datang awal sangat. kenapa? sebab kalau datang awal sangat. hah. dah tentu-tentu kita nervous sangat kan?

6. baca notta ringkas sementara ada masa- 
nota ringkas ya. bukan buku setebal tebal yang mungkin, just nota ringkas yang korang mudah faham di saat-saat akhir dan tak merimaskan otak. nanti tak pasal-pasal bingung dengan apa yang korang dah baca dengan yang baru terbaca. *keliru/terganggu*
-jangan nak sibuk-sibuk nak berbincang kertas peperiksaan lepas jawab paper. *ni selalu pelajar buat* sebab lagi korang bincang, lagi celaru otak.

7.  masuk exam hall kaki kanan dan berdoa  
-haha. ni best.. sebab time PMR lalu, kami kawan-kawan kalau nak masuk, sama-sama berhenti dan angkat kaki kanan dan melangkah. kalau terlangkah kiri, ulang dan melangkah balik.
-sambil-sambil melangkah tu doa lah..baca ni, sorry yaya hanya hafal yang bahasa melayu sahaja.

" Allah cukup bagiku. dan Allah adalah sebaik-baik penjaga" huh. - percayalah bahawa Allah sentiasa bersama kita.  


8. sebelum nak pergi sekolah, minta restu ibubapa.-  

ekekeke... bukan restu kahwin ya. restu pelajaran la.. bukan setakat sebelum exam, tapi setiap masa, sebab ibubapa lah yang membesarkan kita.. ingat lagi hadis yang yaya belajar dalam darjah 6 sekolah agama.. " restu Allah adalah dari restu ibu, murka Allah adalah dari Murka ibu" tu terbukti pentingnya hormat ibu. :)




Older Post | Newer Post
Princess



Hello, I'm Yaya. sweet 20 for this 24 oct (2017).
SABAHAN
ig : hidayah_suhailee
E-MAIL :
daya.suhailee@yahoo.com




image
thank you!

Diary About Stuff


Tabung


TagBoard








History




The Credits!

Template by : Sharanichi Potter
Header By: Natrah
Edited By: Yaya Suhailee